Auto TravelBerita Auto

Tesla bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia

Lengkap dengan ruang pameran jualan kereta, pusat servis serta sistem pengecas super

PENGELUAR kereta elektrik, Tesla akan membuka sebuah pejabat bagi mengembangkan operasinya di Malaysia tidak lama lagi.

Langkah itu susulan kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi Tesla mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini berkata, kehadiran pengeluar kereta elektrik tersebut dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik dan global

Tesla Model S

“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

“Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia,” kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tengku Zafrul lagi, walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan.

Terminal Pengecas Super Tesla

“Kami juga akan memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik,” katanya lagi.

Kemasukan Tesla dipermudah oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan bateri kenderaan elektrik dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaannya.

Artikel berkaitan > Syarikat China, BYD berkata mereka akan bekalkan bateri kepada Tesla ‘tidak lama lagi’

(Visited 544 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button