Ekonomi

Syarikat China, BYD berkata mereka akan bekalkan bateri kepada Tesla ‘tidak lama lagi’

BYD, sebuah syarikat China, sedang membuat persediaan untuk membekalkan bateri kepada Tesla Inc  “tidak lama lagi”.

Seorang eksekutif kanan syarikat memberitahu media kerajaan bahawa mereka kini ‘berkawan baik’ dengan pemilik Tesla, Elon Musk.

“Kami kini berkawan baik dengan Elon Musk kerana kami sedang bersiap untuk membekalkan bateri kepada Tesla tidak lama lagi,” kata Lian Yubo, naib presiden eksekutif BYD dalam temu bual dengan Kui Yingchun, penasihat syarikat penyiaran CGTN milik negara China.

BYD dan Tesla tidak masih belum memberikan sebarang reaksi berhubung kenyataan itu.

BYD, pengeluar terbesar bateri dunia termasuk untuk kenderaan elektrik dan hibrid plug-in, telah berusaha membekalkan bateri kepada pembuat kereta lain termasuk Toyota.

Pada 2020, BYD secara rasmi melancarkan bateri Bladenya, bateri litium-besi-fosfat (LFP) yang kurang besar yang Pengerusinya Wang Chuanfu percaya lebih selamat daripada alternatif lain di pasaran dan tidak akan terbakar.

Syarikat bateri gergasi China CATL kini merupakan pembekal tunggal bateri LFP kepada Tesla, yang telah memasang bateri sedemikian dalam kereta yang dikeluarkan di kilang Shanghai sejak 2020.

Tesla mendedahkan bahawa hampir separuh daripada kenderaan yang dihasilkannya pada suku pertama dilengkapi dengan bateri LFP – saingan yang lebih murah kepada sel berasaskan nikel dan kobalt yang mendominasi di Barat.

Panasonic dan LG Energy Solutions ialah pembekal utama sel berasaskan nikel dan kobalt kepada Tesla.

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button