PRK

Saya sebagai menteri berhak dan sepatutnya membantu – Mohamaddin

SEBAGAI seorang menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau berhak membantu rakyat.

Menteri Pelancongan itu berkata, apabila rakyat mengadu susah beliau mesti memberi jawapan tanpa mengira sama ada musim pilihan raya atau tidak

“Saya mesti beri komitmen untuk bantu. Ini tidak mengira masa. Waktu pilihan raya atau tidak, itu tanggungjawab saya,” katanya.

Ahli Parlimen Lahad Datu itu menjawab gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong supaya SPRM menyiasat kenyataan beliau yang dikatakan berunsur rasuah dan melanggar peraturan pilihan raya.

Ini ekoran tindakan beliau mengumumkan bantuan kepada sekolah di Bongawan semalam.

“Sebagai seorang bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri satu ketika dahulu, beliau sepatutnya lebih maklum dengan situasi sebegini. 

“Apabila rakyat mengadu susah, saya mesti beri jawapan,” katanya.

Beliau menjelaskan, pegawai daerah yang bertanya mengenai bantuan kepada sekolah tersebut telah menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat. 

“Tuan pegawai daerah lebih maklum tentang apa yang diperlukan di kawasan itu.

“Saya selaku menteri berhak dan sepatutnya membantu apabila ia disuarakan kepada saya.

“Adakah saya perlu berdiam dengan menyatakan bahawa saya perlu menjawab perkara itu selepas tempoh berkempen?” 

“Dan saya dengan jelas menyebut ia adalah peruntukan menteri dan bukannya peruntukkan kementerian,” tegasnya.

Mohamaddin turut menegaskan rakyat perlu dibela tanpa perlu berdolak dalih, tanpa perlu bertangguh. 

“Iktibar telah kita ambil dari kegagalan kerajaan yang lepas, Kita tahu sikap suka menangguhkan harapan dan kehendak rakyat membuatkan rakyat berubah hati.

“Sekarang rakyat lebih bijak menilai,” katanya. -SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button