Mahkamah

Mahkamah Tinggi Malaysia dan UK arah Datuk Ranjeet bayar RM602 juta!

Isu kes penyelewengan dan penipuan oleh seorang usahawan dikenali, Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dan United Kingdom sebanyak RM602 juta.

Ranjeet yang merupakan bekas Ketua Pengarah Utusan Kumpulan Zavarco, Pengarah Semasa Kumpulan Vascory, Kumpulan 3Lyon dan pemilik dan pengawal benefisial Kuber Venture Berhad didakwa menyeleweng dana termasuk kes pecah amanah.

Mahkamah Tinggi Malaysia memerintahkan Ranjeet membayar RM29 juta dalam kes Zavarco PLC kerana salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.

Selain itu perlu membayar juga penghakiman sebanyak RM61 juta dalam kes Zavaco PLc lawan Ranjeet kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya.

Manakala Mahkamah Tinggi United Kingdom memerintahkan penghakiman sebanyak RM512 juta dalam kes Zavarco Plc lawan Ranjeet Singh kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam itu kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai.

Untuk maklumat Ranjeet telah menubuhkan Zavarco Plc di UK di bawah Akta Syarikat 2006 (CA2006) untuk tujuan syarikat induk penyenaraian di suatu bursa saham Eropah dengan bertujuan mendapatkan pelaburan antarabangsa bagi pembangunan rangkaian telekomunikasi gentian optic di Malaysia.

Tertuduh dikatakan telah melakukan jenayah Pecah Amanah terhadap Zavarco Berhad, Seterusnya memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan kemudian di Mahkamah Persekutuan, di mana kedua-dua rayuan beliau ditolak sebulat suara dengan kos.

Terdahulu, Datuk Ranjeet didakwa perdaya mangsa dalam dan luar negara dengan pelaburan palsu bernilai lebih RM1 bilion.

Artikle Berkaitan :>

Agensi kerajaan diperdaya sindikit penipuan ‘Datuk Wira’ bernilai RM1 bilion

Pelabur UK ditipu oleh rakyat Malaysia yang bergelar ‘Datuk Wira’

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button