fbpx
Mahkamah

Guan Eng, Betty: Tuduhan untuk pecah belahkan keluarga

ISTERI kepada Setiausaha Agung DAP, Betty Chew berjanji akan terus menyokong suaminya, Lim Guan Eng mengharungi cabaran pendakwaan di mahkamah.

Beliau percaya tindakan undang-undang yang dihadapinya dan keluarga adalah tidak berasas dan bermotifkan politik.

Selain itu beliau juga yakin selain untuk memecahbelahkan DAP, tindakan yang dihadapinya juga dipercayai untuk menganggu keluarganya.

“Niat adalah untuk memisahkan dan memusnahkan hubungan kami sebagai suami isteri dan keluarga.

“Kerana hubungan keluarga adalah sumber kekuatan kepada perjuangan kami khususnya suami saya, Guan Eng.


BACA > KKM ajar cara pakai pelitup muka dengan betul — Suara Merdeka

“Kami adalah penyokong terkuatnya, jadi sebab itulah mereka cuba memecahbelahkan keluarga kami dengan pertuduhan ini.

“Tindakan sedemikian adalah sangat teruk dan ini juga merupakan hadi yang sedih bagi Malaysia.

“Jika ini boleh berlaku kepada saya dan Guan Eng, bermakna ia juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja di Malaysia.

“Saya berasa sangat sedih, sudah tentu sebagai sebuah keluarga kami terus menyokong beliau.”

Demikian kata Betty Chew dalam sidang akhbar DAP di Pulau Pinang hari ini selepas hadir ke Mahkamah Butterworth pagi tadi.

Beliau sebelum ini dituduh dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Beliau menerima tiga pertuduhan di bawah akta tersebut apabila melibatkan diri dengan pengubahan wang haram berhubung penerimaan wang berjumlah RM372,009.

BACA > Shukri nafi terlibat arahan batal pembekuan akaun ahli perniagaan – Suara Merdeka

Dalam dikatakan menerima wang tersebut melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Dalam pertuduhan pertama, Betty dituduh menerima sejumlah wang bernilai RM87,009 di Public Bank, Taman Melaka Raya antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.

Pertuduhan ke dua pula, beliau didakwa menerima suapan sebanyak RM180,000 daripada syarikat yang sama pada 3 September 2013 dan 11 Ogos 2014.

Kemudian dalam pertuduhan ketiga,  beliau didakwa menerima RM105,000 dalam akaun peribadinya menerusi syarikat tersebut pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016.

Justeru Betty dituduh di bawah Seksyen 4 (1)(a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dihadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

BACA > Betty, isteri Guan Eng ditahan SPRM – Suara Merdeka

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin RM50,00 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 Oktober di mahkamah yang sama. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button