Politik

SAPP sokong penuh pelantikan Ismail Sabri TPM, Hishammuddin Menteri Kanan

PRESIDEN SAPP Datuk Yong Teck Lee berkata, parti itu menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, SAPP juga menyokong pelantikan pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan/Luar Negeri.

“Kita melihat pelantikan tersebut telah mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi tumpuan kepada Rancangan Pemulihan Negara  dalam masa sesingkat mungkin. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat ”, kata Teck Lee.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Perikatan Nasional berkata demikian ketika mengulas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin petang ini.

Perdana Menteri telah memaklumkan pemimpin PN lebih awal akan niat untuk melantik dua pemimpin kanan UMNO itu, ujar Teck Lee dalam kenyataan hari ini.

Teck Lee berkata, pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishamuddin sebagai Menteri Kanan yang baharu disokong oleh semua Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional.

Beliau juga menyatakan bahawa Perdana Menteri jelas telah membuat keputusan ini dengan mempertimbangkan Rancangan Pemulihan Negara  pandemik Covid -19.

Dan untuk memastikan kabinet dikendalikan oleh negarawan yang mampu dan berpengalaman dengan rekod pengurusan krisis yang sangat baik untuk membantu mengemudi negara pasca wabak rancangan pertumbuhan semula ekonomi, kata beliau. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button