Politik

Kabinet Muhyiddin: Berbaloi untuk mereka yang lompat

TINDAKAN ahli parlimen Barisan Nasional yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbaloi kerana hampir semua mereka tersenarai menganggotai Kabinet.

Kecuali Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), dan Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) yang tercicir, empat lagi dipilih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menganggotai Kabinetnya.

Shabudin dan Mohamad Fasih terkenal dengan kumpulan enam jahanam bersama empat lagi Ahli Parlimen BN yang lompat parti dan kini dilantik sebagai menteri iaitu Ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad, Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu; Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Turut melompat dan mendapat habuan ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Kabinet baru Muhyiddin dipilih bukan kerana gagasan politik yang terbentuk awal sebalik hanya satu gagasan politik tanpa struktur.

Nama Perikatan Nasional itu pun katanya, dipilih secara ad-hoc.

“Maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin ini tidak boleh dikritik dan ditegur. Ia dibentuk berasaskan kuasa penuh Perdana Menteri.

“Maka sebab itu hiraki parti terutamanya UMNO jelas terpinggir. Perancang di sebalik tabir pula dapat ganjaran lumayan.

“Tahniah kepada Hishamuddin dan KJ kerana dilantik walaupun tiada kedudukan dalam parti. Tahniah juga Azmin kerana jadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi,” katanya.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Luar, sementara Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Tahniah juga kepada Hamzah, Tok Pa dan Dr Latif yang melompat. Memang berbaloi. Termasuk geng mereka seperti Dr Azmi, Ikmal Hisham, Rosol Wahid dan Mas Ermiyatti. Cuma Shahabuddin dan Fasiah yang tercicir,” katanya dalam kenyataan yang tersebar di mediaa sosial..

Paling mengejutkan kata Dr. Puad ialah Dr Radzi Jidin kerana dilantik sebagai Menteri Kanan (Pelajaran).

“Apa hiraki dia dalam PKR? Di PRU ke 14 dia kalah teruk di Parlimen Ketereh kepada Anuar Musa. Radzi cuma dapat 6,779 undi (PKR), Anuar dapat 25,467 manakala Wan Ismail (PAS) dapat 20,841.

“Akhirnya, Radzi Menteri Kanan, Anuar Musa Menteri Wilayah

“Betul, keputusan sudah dibuat. Kita kena move on. The Sun menggunakan headline “MY team”.

“Diharap team Muhyiddin Yassin (MY) ini tidak ada politiking. Yang diambil kira ialah untung rugi kepada PPBM. Seperti komen netizen, kenapa Kementerian Kementerian grassroot seperti Luar Bandar semuanya milik PPBM.

“Mukriz pula belum dipecat dari PPBM. Kalau ada reconciliation, apakah dia akan dapat jawatan lagi terkanan? Patutlah dikosongkan,” katanya. – SM

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button