Auto TravelEkonomi

Toyota catat jualan positif bagi bulan April 2021

UMW Toyota Motor Sdn Bhd selaku pengimport tunggal, pengedar dan pengilang kenderaan Toyota di Malaysia baru-baru ini melaporkan angka jualan positif bagi bulan April 2021 dengan keseluruhannya 9,280 unit kenderaan Toyota dan Lexus telah terjual. Pertumbuhan ini dipacu oleh pemulihan keyakinan serta meningkatnya kuasa membeli pelanggan, yang secara langsung meningkatkan permintaan terhadap model-model baru kenderaan Toyota. Ini termasuk juga kalangan pelanggan yang ingin memanfaatkan penjimatan daripada pengecualian SST yang akan berakhir 30 Jun 2021 nanti.

Model baharu Toyota Corolla Cross dan Toyota Harrier

Prestasi jualan bulan April didorong juga oleh pengenalan model baharu Corolla Cross dan Harrier yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. Ia merupakan usaha Toyota untuk memenuhi permintaan serta keperluan pelanggan generasi baharu yang semakin meluas dan meningkat. UMW Toyota juga berterima kasih terhadap usaha kerajaan dalam mengembangkan lagi industri automotif di Malaysia dalam keadaan negara sedang berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

“Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan besar dan menjadikan keadaan sangat mencabar bagi pengeluar kenderaan dan pelanggan. Tetapi dengan langkah yang diambil oleh kerajaan, ia telah berhasil untuk mengembalikan kekuatan kuasa membeli pelanggan,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama. Beliau juga mengaitkan pertumbuhan jualan itu dengan masa yang betul bagi pengenalan beberapa model baru yang telah berhasil memperkukuhkan posisi Toyota dalam beberapa segmen kenderaan, dengan meningkatkan aspek kelengkapan serta teknologi keselamatan, penggayaan dan dinamik pemanduan.

Toyota GR Yaris

“Kenderaan generasi baru Toyota kekal boleh diharap, lasak, jimat untuk dimiliki serta sangat praktikal. Bukan itu sahaja, ia juga turut membawakan tahap baru bagi keselesaan, prestasi dan keseronokan memandu yang menepati selera serta keperluan pelanggan generasi baru,” tambahnya lagi.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K. pula menekankan bahawa komitmen berterusan syarikat untuk memperluas serta meningkatkan lagi rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan akan melibatkan juga pengenalan lebih banyak tawaran inovatif dan menarik sebagai tarikan kepada pelanggan, dengan janji terhadap pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan.

Toyota HLT Kemaman 3S, Terengganu

Sejajar dengan ini, UMW Toyota turut mengumumkan pembukaan pusat 2S (Jualan dan Servis) di Cheras (PDC Automobile), serta pembukaan dua lagi pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) April lalu oleh Mutiara Motorsport di Johor Bahru dan HLT Temerloh di Kemaman, Terengganu.

“Sebagai tambahan, kami juga memberi perhatian terhadap kecenderungan pelanggan untuk urusan dalam talian seperti yang ditunjukkan oleh pilihan dan manfaat digital kukuh yang kami terima melalui pertanyaan dan tempahan melalui kaedah tersebut. Kami akan terus berusaha memperkaya pengalaman digital dalam melayani pelanggan melalui platform tersebut dengan lebih baik dan mudah di masa hadapan,” tambahnya.

Promosi Raya Toyota, Ganjaran Tak Terhingga!

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, UMW Toyota menawarkan promosi Ganjaran Tak Terhingga yang membolehkan pelanggan terus menikmati penjimatan SST bagi kedua-dua model kenderaan tersebut (Vios dan Yaris). – SM

Kredit: EnjinDot.Com

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button