Politik

Sanusi simpan pistol 24 jam dalam kereta

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Sanusi secara terbuka memberitahu, demi keselamatannya, beliau memiliki sepucuk pistol yang disimpan 24 jam (sentiasa) di dalam keretanya.

Sanusi berkata, selain pistol, beliau juga mempunyai dua kelopak, 14 peluru satu kelopak atas alasan, berjaga-jaga kerana takut orang berbuat jahat terhadap dirinya.

“Orang tak buat jahat, saya tak buat jahat pada orang,” ujar beliau.

Sanusi berkata, sudah enam bulan kawan-kawannya berpesan.

“Yang penting tangkap, gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti. Selepas itu, ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil, Kedah, malam tadi seperti mana dilaporkan Harian Metro, semalam.

Sanusi turut mendakwa, rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu.

“Plot untuk menangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu. Saya tahu dah, saya ada ‘intelligence’ saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya,” katanya.

Selasa minggu lalu, Sanusi ditahan polis pada jam 3 pagi sebelum beliau didakwa di dua mahkamah berasingan di Selayang, Selangor, atas pertuduhan menghasut dalam ceramah politik.

Mengulas lanjut, apa yang dikesalkan beliau adalah permintaannya untuk mendapatkan salinan dua kertas pertuduhan yang membabitkan dirinya, tidak diberi oleh pihak pendakwa raya selepas selesai proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang.

“Saya hormat rakan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jangan salahkan polis kerana mereka menjalankan tugas atas arahan atasan sampai ke menteri, mereka terpaksa,” katanya.

Sanusi terus mendakwa bahawa tujuan beliau ditangkap adalah untuk menjatuhkan kredibilitinya, nak tarik beliau sehingga jatuh ke tanah.

“Saya didakwa atas dua tuduhan tetapi kertas pertuduhan tidak diberikan, hanya dibacakan dan saya mengaku tidak bersalah.

“Pendakwa raya kata kertas pertuduhan kena beli dalam talian tetapi kemudian kertas pertuduhan jadi viral. Tujuan untuk memalukan saya,” katanya Sanusi lagi dalam ceramah yang sama.

Seterusnya, Sanusi berkata, “Saya keluar (mahkamah) angkat tangan, terus jahanam habis semua.

“Malam ini saya isytihar angkat tangan ini lawan (Perdana Menteri) Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cicak mengkarung jangan datang, kamu bawa Anwar Ibrahim,” katanya.

Jelas Sanusi, tindakannya melawan Anwar Ibrahim adalah tidak salah kerana kedua-dua mereka berada dalam bidang politik dan beliau bukan melawan Perdana Menteri. – SM

BACA Rafizi buka mulut jumpa Sanusi untuk ‘bincang sesuatu’ yang serius

BACA Kalau betul Sanusi tak bersalah, kenapa Pas menghadap Sultan, soal Anwar

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button