Alam SekitarNasionalNegeri

Sanusi nafi pembalakan punca mendapan selut di Tasik Muda

MENTERI Besar Kedah, Sanusi Nor menafikan dakwaan aktiviti pembalakan dekat kawasan tadahan Tasik Muda sehingga menyebabkan mendapan selut dalam air.

Beliau menegaskan aktiviti pembalakan di Kedah mematuhi peraturan dan piawaian antarabangsa.

Katanya, semua syarat dan peraturan ke atas industri pembalakan dan perkayuan dipatuhi serta dikuatkuasakan dengan ketat oleh Jabatan Perhutanan negeri.

“Tak dak isu apa-apa. Sedimentasi berlaku di semua takungan secara semula jadi. Empangan tu dah berusia lebih 50 tahun,” katanya kepada FMT.

Sanusi menjawab gesaan NGO alam sekitar, RimbaWatch untuk kerajaan Kedah menjelaskan kenapa aktiviti pembalakan berlaku dekat kawasan tadahan Tasik Muda.

Katanya, imej satelit menunjukkan operasi pembalakan dimulakan semula di Ulu Muda pada 2021, dan menjelang Oktober serta Disember lalu, sungai itu kelihatan berlumpur dan lumpur itu mendap ke kawasan tadahan Tasik Muda.

Sanusi berkata, mendapan itu berpunca daripada pasir, tanah, daun dan serpihan kayu yang dibawa empat sungai utama bertindak sebagai “feeder” kepada kawasan tadahan itu.

“Inilah proses yang telah berlaku lebih 50 tahun lalu di sana, bukan setahun, dua lepas.”

Beliau turut menafikan kelulusan pembalakan diberikan untuk kawasan hutan simpan seluas 173,000 hektar di sekitar kawasan tadahan Tasik Muda yang diwartakan sebagai zon perlindungan.

Sanusi mendakwa RimbaWatch didorong keinginannya menubuhkan agensi khusus, seperti pihak berkuasa lembangan Sungai Muda, yang didakwanya “bertujuan membolehkan negeri lain campur tangan hal dalam wilayah Kedah”.

Katanya, kawasan tadahan Tasik Muda sudah dipantau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem pengairan Muda serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri.

“Pembalakan (haram) memang (berita) sensasi dan boleh lonjak nama mereka (NGO), tetapi fakta mereka mesti benar tanpa memburukkan orang lain,’ katanya. – SM

BACA Korek pasir muara sungai atasi mendapan pasir

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button