Nasional

‘Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah’ – titah Agong kepada Azam Baki

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.
Dalam catatan terbaharu di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tempoh bulan madu menaiki takhta sudah berakhir.
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka
sambil baginda menyerahkan madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.
Sebelum itu sesi menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit, dan Azam antara lain mempersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button