Nasional

TNB nafi dakwaan pengerusinya terima elaun tinggi

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan yang ditularkan netizen berkenaan elaun tinggi yang diterima Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Elaun bulanan Datuk Seri Mahdzir Khalid adalah jauh lebih rendah daripada paparan yang dikongsikan di media sosial, namun mencerminkan tanggungjawab beliau memimpin sebuah syarikat dengan lebih sembilan juta pelanggan dan aset bernilai hampir RM60 bilion.

Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, emolumen yang diterima ahli-ahli Lembaga Pengarah TNB dinyatakan dalam Laporan Tahunan yang diterbitkan setiap tahun, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai dinasihatkan tidak terus berkongsi paparan tidak benar berkaitan elaun tinggi tersebut dan sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang perkongsian.

Perbuatan menularkan paparan serta maklumat yang tidak benar atau palsu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. – BERNAMA

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button