Nasional

Anggota rejimen Wataniah disaran kekal aktif


Anggota Rejimen Askar Wataniah di mana sahaja mereka berada diseru supaya sentiasa meningkatkan keaktifan masing-masing dengan hadir menjalani latihan setiap kali ia dijalankan. Bersedialah untuk menghadiri sebarang kursus bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan sekaligus melayakkan diri disokong untuk kenaikan pangkat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Ibadah Korban Peringkat Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW)’ yang diadakan di Perkarangan Platun Kenderaan, Kem Bukit Keteri, Beseri pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komamder, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta para pegawai rejimen. Hadir sama, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini.

Pada kesempatan yang sama baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen pasukan simpanan tentera darat berkenaan mengajak golongan remaja negeri ini untuk secara beramai-ramai tampil ke hadapan untuk menyertai Askar Wataniah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa terdapat pelbagai keistimewaan jika seseorang itu menyertai Askar Wataniah seperti elaun latihan tempatan berjumlah RM6 sejam, elaun perjalanan, elaun latihan khemah tahunan dan juga saguhati tahunan bernilai RM520.

Tambah Tuanku Raja Muda, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, dengan menyertai pasukan Askar Wataniah, maka peluang seseorang itu untuk dikerahkan bagi dipertugaskan sepenuh masa atau diserap menjadi anggota tetap Tentera Darat Malaysia adalah lebih baik jika memenuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan.

Zaidi pula menjelaskan bahawa seseorang anggota sukarela atau sukarelawati juga akan diberi pakaian seragam secara percuma, rawatan hospital dan masuk wad percuma mengikut terma dan syarat, latihan semasa cuti hujung minggu, makan dan minum semasa latihan secara percuma serta tempat tinggal semasa latihan disediakan dan sebagainya.

Bagi yang berminat untuk menyertai Rejimen 504 Askar Wataniah bolehlah menghubungi melalui telefon atau Whatsapp kepada Staf Sarjan Marzuki – 01136800809 (Kawasan Kangar), Sarjan Fakrun – 01112285070 (Kawasan Arau) dan Sarjan Idham – 019 4907328 (Kawasan Padang Besar) ataupun menelefon Kem Bukit Keteri pada waktu pejabat di talian 04-9382024.

(Visited 641 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button