Nasional

Sanusi bakal saman Saifuddin?

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, maklumat yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana dianggap mengelirukan dan bermotifkan politik.

SAIFUDDIN NASUTION

Menurut Muhammad Sanusi, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bukan dikompaun atas kesalahan mencuri mineral berkenaan tetapi disebabkan agensi terbabit adalah pemegang permit ladang hutan di kawasan yang berlaku kecurian.

“Satu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI yang melantik satu syarikat usahasama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.

“Pihak ketiga yang dikompaun kerana menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE).

“Dalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah peringkat Daerah Bandar Baharu, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pendedahan Saifuddin berhubung MBI Kedah yang menerima kompaun RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi REE di Kampung Chong, Sik. – SM

BACA Sanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button