Nasional

Exco, MB Kedah dikhuatiri terkena Covid-19

DUA Exco Kerajaan Negeri Kedah serta Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor, menjalani ujian saringan Korinavirus (Covid-19) hari ini.

Beliau dan anggota mesyuarat kerajaan negeri itu perlu menjalani saringan susulan terdapat individu positif wabak tersebut dalam majlis yang dihadirinya Isnin lalu.

Exco berkenaan adalah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman.

Serta Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wan Romani Wan Salim.

Selain itu, pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar serta beberapa pimpinan Pas yang hadir dalam majis tersebut turut diarahkan menjalani ujian swab.

Justeru, sampel ujian yang diambil dihantar ke makmal Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pengesanan dan keputusan dijangka diketahui esok.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi dikatakan tidak tersenarai dalam kontak rapat dengan individu yang disahkan positif.

“Dalam kes membabitkan Menteri Besar, hasil siasatan dibuat oleh petugas Jabatan Kesihatan Negeri mendapati, beliau bukan merupakan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif.”

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan Muhammad Sanusi tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari dan boleh menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan menghadiri majlis penyerahan sumbangan bantuan daripada Pas.

Bantuan tersebut untuk diserahkan kepada penduduk yang tinggal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) daerah Kota Setar.

Majlis yang dianjurkan di Wisma Darul Aman itu turut dihadiri 55 individu lain.

Dr. Mohd. Fikri menambah, kesemua 55 individu yang hadir itu juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19. Mereka juga dikatakan tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari.

“Begitu juga bagi 55 individu lain yang menjalani ujian saringan hari ini kerana ujian itu sekadar ‘community test’ atau ‘surveillance test’.

“Ia tidak menyebabkan mereka perlu dikenakan kuarantin atau dipakaikan gelang merah jambu.

“Bagaimanapun, amalan norma baru perlu dilaksanakan,” jelasnya. – SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button