Nasional

Sanggup labur RM60,000 main radio amatur

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 6 Jun – Minat mendalam terhadap radio amatur menyebabkan seorang lelaki sanggup berhabis hampir
RM60,000 bagi membeli pelbagai peraalatan elektronik berasaskan penggunaan frenkuansi radio.

Pertama kali menjejakkan sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dekat sini, sudah pasti terkejut
melihat pelbagai peralatan elektronik tersusun bagaikan sebuah studio musik untuk merakamkan lagu.

Pelbagai peralatan canggih digunakan bagi mengendalikan radio amatur.

Namun kesemua peralatan yang terdapat di rumah tersebut adalah bertujuan untuk penggunaan sebagai radio
amatur.

Sebut sahaja radio amatur ia mungkin agak terlalu asing buat mereka yang pertama kali mendengarnya namun
ia sebenarnya merupakan satu hobi yang sangat unik.


Sebenarnya untuk mengendalikan radio amatur ia sudah cukup dengan mempunyai sebuah walkie talkie dan radio
transceiver.

Namun bagi Mansur Abd. Muin, 43, dia sanggup berbelanja sebanyak RM60,000 bagi membeli pelbagai peralatan
canggih bagi menjadikan radio amatur itu dapat didengar dan disampaikan dengan lebih baik.

Tidak hairanlah sejak menceburi hobi tersebut pada 2014 dia membeli apa sahaja gajet yang boleh
menambahbaik perjalanan radio amatur miliknya.

Menurut lelaki kelahiran dari Labuan, Sabah itu, dia sangat teruja mengendalikan radio amatur yang
disifatkan satu hobi yang cukup unik dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, kerana minat yang mendalam terhadap hobi baru itu dia menggunakan duit simpanannya semata-mata
ingin membeli pelbagai peralatan elektronik termoden bagi memudahkannya untuk mengendalikan radio amatur.

Pelaburan ribuan ringgit itu adalah semata-mata membeli lima buah walkie talkie, tiga buah digital radio
VHF/UHF, mixer musik, high frekuensi HF, mose chord, komputer riba, power supply, pembesar suara, mic
utragain (kawal suara), headphone, mickro key dan sebagainya.

“Radio amatur ini mungkin kedengaran terlalu asing bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenainya tetapi
bagi saya ia ada satu kelebihan tersendiri sebagai alat penghubung menggunakan suara tanpa wajah.

“Bagi orang biasa, penggunaannya mungkin dianggap membuang masa. Tetapi bagi saya ia adalah satu hobi yang
sangat unik dan luar biasa.

“Sejak saya serius mengendalikan radio amatur, saya dapat berhubung dengan rakan bukan sahaja dari dalam
negara malah di seluruh dunia,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di
sini semalam.

Kata lelaki itu yang sudah berkahwin itu, bagi orang biasa, penggunaannya mungkin dianggap membuang masa.
Namun siapa sangka terdapat pihak yang menjadikannya sebagai hobi.

Mansur seorang pemegang Diploma Kulinari dari sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata, radio amatur
disebalik sebagai sebuah hobi ia juga sebenarnya menjadi alat perhubungan terbaik jika berlaku bencana
alam untuk menyampaikan maklumat terkini.

Menurutnya, sebagai contoh sewaktu berlaku krisis pencerobohan di Lahad Datu pada 2013, semua peralatan
komunikasi tidak dapat digunakan sebaliknya radio amatur telah digunakan untuk berhubung dengan pasukan
keselamatan.

“Ini antara kelebihan buat pengendali radio amatur, kita tidak menggunakan internet sebaliknya menggunakan
frekuensi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk perlu
mempunyai lesen,” ujarnya.

Justeru katanya, melalui radio amatur penggunanya lebih menjadikan medium tersebut untuk menyalurkan
pelbagai maklumat yang dapat dikongsi bersama.

Katanya, radio amatur merupakan komunikasi radio yang menggunakan peralatan elektronik bersifat peribadi
dan bukannya untuk tujuan komersial.

Menurutnya, hobi bermain radio amatur sekadar dibuat jika ada masa lapang jadi tidak mengganggu tugasnya
yang lain.

(Visited 710 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button