Nasional

Kita berhadapan dengan malapetaka dahsyat – Dr. Mahathir

“Sesungguhnya kita sedang menghadapi malapetaka yang amat dahsyat,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam hantaran terbaharu di blog Chedet merujuk kepada wabak Covid-19.

Katanya, wabak itu telah menyebakan kegiatan ekonomi terhenti telah menjejaskan pendapatan semua sektor terutama kerajaan.

“Syarikat penerbangan menderita. Industri pelancongan menderita. Hotel, pengangkutan awam, restoran turut rugi. Para pekerja turut menderita kerana mereka akan dibuang. Majikan tidak membuat untung bagi menampung pekerja.

“Bagi Malaysia, industri pelancongan merupakan kedua terbesar penghasilan tukaran asing selepas Petronas. Kerajaan akan kehilangan pendapatan.

“Rakyat yang bekerja dalam industri pelancongan akan kehilangan kerja dan pendapatan. Ini amatlah buruk kerana mereka perlu makan dan minum,” katanya,

Dr. Mahathir berkata, di Malaysia industri Petroleum tidaklah besar, tetapi merupakan penyumbang terbesar pendapatan Kerajaan.

Pada satu satu masa katanya, Petronas membayar Kerajaan sebanyak RM80 bilion.

“Harga bagi setong minyak mentah bagi tahun 2020 diikat pada USD63 setong. Sekarang ini dijual kurang dari 50 peratus seperi harga yang dianggarkan. Pendapatan Kerajaan akan jatuh kepada RM30 bilion.

“Pakej rangsangan menyebabkan kenaikan perbelanjaan Kerajaan dan menyaksikan penurunan cukai. Untuk mengimbangi lebihan perbelanjaan dengan pengurangan pendapatan Kerajaan adalah merupakan sesuatu yang mencabar.

Pada masa yang sama, katanya, perintah kawalan pergerakan akan mengurangkan perniagaan dan pendapatan. Sekali lagi, pendapatan Kerajaan terkesan.

Bagi syarikat kecil, kata beliau, kerugian amat dahsyat kerana mereka ini kais pagi makan pagi.

“Sungguhpun mereka mampu berniaga ia masih tidak cukup untuk belanja makan. Kerajaan mungkin perlu beri sokongan pendapatan buat mereka.

“Apa yang berlaku di Malaysia juga berlaku di seluruh dunia. Industri-industri perlu berhenti atau paling tidak kurangkan pengeluaran.

“Import dan eskport juga terkesan. Seluruh dunia bakal mengalamai kemelesetan ekonomi. Negara kaya turut menderita,” katanya. – SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button