Bencana alamLuar Negara

Salji tebal di Sepanyol membunuh tiga orang, menjejaskan banyak sektor negara

Musim sejuk dengan taburan salji di Sepanyol semakin parah dan merisaukan ramai orang.

Hal ini telah mendatangkan banyak bencana lain yang membawa bahaya kepada nyawa rakyat dan sektor dalam negara.

Amaran mengenai cuaca teruk ini telahpun dikeluarkan sejak beberapa hari yang lalu.

Terbaru di Sepanyol, tiga nyawa terkorban ekoran ribut salji Filomena yang sedang melanda negara itu.

Pekerja perkhidmatan kecemasan di negara itu bekerja keras sejak semalam bagi menyelamatkan 2,500 pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.


Ramai pengguna jalan raya terkandas manakala sistem pengangkutan awam terpaksa ditutup.

Ribut salji itu melanda Sepanyol bersama hujan lebat sebelum bergerak melalui timur Sepanyol ke selatan Perancis.

Pusat kaji cuaca Sepanyol, AEMET meramalkan kabus tebal hari ini sehingga esok di kebanyakan lokasi di negara itu.

Kawasan yang paling teruk dilanda salji sejak tahun 1971 adalah Ibu kota Madrid serta wilayah sekitarnya.

(Visited 150 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button