Luar Negara

Belanda wajibkan pemakaian semula pelitup muka

BELANDA telah melaksanakan semula peraturan khas termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi membendung penularan Covid-19.

Keputusan tersebut menjadikan Belanda negara pertama di Eropah yang melaksanakan semula sekatan setelah kurang daripada dua bulan selepas kelonggaran dilaksanakan di negara itu.

Perdana Menteri, Mark Rutter mengatakan bahawa kerajaan turut mewajibkan penjarakan fizikal 1.5 meter dan memanjangkan tempoh berada di tempat awam seperti restoran dan muzium.

Sementara itu, Rutter turut menasihati rakyatnya untuk bekerja daripada rumah sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga hari seminggu serta mengelakkan perjalanan yang sibuk.

“Jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital naik mendadak jadi arahan seperti ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” katanya.

Polis turut berdepan dengan bantahan kecil yang diadakan di depan Kementerian Keadilan dan Keselamatan selepas arahan itu diumumkan.

Belanda dan beberapa negara Eropah diketahui agak longgar dalam melaksanakan peraturannya semasa berdepan dengan pandemik Covid-19 ini tetapi mereka agak pantas melakukan sekatan jika berlaku gelombang kedua jangkitan tahun lalu.

Kerajaan telah memansuhkan peraturan penjarakan fizikal pada September lalu dengan syarat menunjukkan bukti vaksinasi, telah pulih daripada Covid-19 atau disahkan negatif sebelum memasuki bar, restoran dan pesta.

Belanda merekodkan 18,441 kematian akibat kes Covid-19 dan hampir 84 peratus penduduk dewasa negara itu sudah menerima vaksin setakat ini. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button