Nasionalpilihan

Saingan tiga penjuru di DUN Simpang Jeram

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar, Johor di sini hari ini.

Tiga calon yang akan bertanding terdiri daripada Ir. Nazri Abdul Rahman dari Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohd. Mazri Yahya dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas, S. Jeganathan.

Mohd. Mazri Yahya tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim kira-kira pukul 8.35 pagi dan mengemukakan kertas penamaan pada pukul 9.04 pagi diikuti Nazri kira-kira pukul 9.00 manakala Jeganathan pula pada pukul 9.18 pagi.

Kehadiran Nazri yang juga Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Bakri bersemarak diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta ratusan penyokong PH dan Barisan Nasional (BN).

PRK diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menang kerusi berkenaan buat kali kedua.

Sementara itu Mohd. Mazri berkata, PN pada hari ini tidak hanya menerima sokongan pengundi Melayu sebaliknya turut disokong masyarakat bukan Melayu.

Menurutnya, perkembangan itu dilihat sebagai petanda positif bagi membawa suara rakyat dan memenangi kerusi berkenaan.

“Apa yang saya lihat pada hari ini, sokongan daripada pelbagai pihak daripada yang kecil sampai yang besar, daripada pelbagai pihak.

“Daripada muslim dan bukan muslim, Melayu atau bukan Melayu, ini merupakan petanda positif kepada PN, kita membawa gelombang suara rakyat ke selatan tanah air,” jelasnya.

Sementara itu calon Bebas Jeganathan, 55, bukan lagi terlalu asing buat pengundi di Parlimen Muar kerana beliau pernah bertanding di kerusi DUN Bukit Naning dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan kali ini mencuba nasib di DUN Simpang Jeram.

Beliau seorang ahli perniagaan memilih lambang gajah sekadar memperolehi 1,514 undi pada PRN Johor.

Dalam PRN itu, Jeganathan yang juga ahli perniagaan hanya memperolehi 1,514 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac 2022, PH memenangi 13 kerusi manakala BN menguasai DUN Johor dengan 40 kerusi diikuti PN tiga kerusi. – SM

 

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button