Nasional

PM hargai semua terlibat tangani Covid-19

PERDANA MENTERI menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menangani isu penularan wabak Coronavirus atau Covid-19.

Penghargaan juga diberikan khusus buat kakitangan barisan hadapan dan kakitangan perubatan yang melaksanakan tugas dengan baik dalam menguruskan wabak itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin memantau secara serius status dan usaha pencegahan Covid-19.

[BACA ARTIKEL] Kemakmuran ekonomi mesti dirasai rakyat – Suara Merdeka

Menurut beliau, Pasukan Petugas Khas diarahkan untuk terus bertindak bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan yakin dengan agensi kerajaan serta pihak terlibat menangai penularan Covid-19 di negara ini.

“Perdana Menteri menasihatkan seluruh rakyat agar tidak panik terhadap wabak Covid-19 dengan melakukan panic-buying.

“Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, katanya.

PERDANA MENTERI Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen di Bangunan Sri Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiasusaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Turut hadir dalam perbincangan berkaitan penularan Covid-19 itu ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mohtar Mohd. Abd. Rahman dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Mohd. Rabin Basir dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

[BACA ARTIKEL] Covid-19: Mangsa maut di China meningkat kepada 106, kes disahkan lebih 4,000 — Suara Merdeka

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berkunjung ke China, Korea Selatan, Jepun dan Itali yang berisiko dijangkiti Covid-19 dinasihatkan mematuhi nasihat perjalanan dan kesihatan.

Rakyat juga perlu segera ke hospital atau klinik sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Tujuh kes baharu

Menurut kenyataan itu lagi, pada hari ini tujuh kes terbaharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 36 orang.

Bagaimanapun, 22 daripadanya dilaporkankan sembuh manakala 14 lagi sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. Kesemua dirawat dilaporkan stabil.

[BACA ARTIKEL] COVID-19: Arab Saudi kuatkuasa larangan umrah — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] WHO mungkin isytihar COVID-19 sebagai pandemik — Suara Merdeka

Kes jangkitan Covid-19 dilaporkan terus meningkat. Sehingga kini, sebanyak 70 negara dilaporan mengalami penularan wabak.

Sebanyak 90,306 jangkitan dikesan. Bagaimanapun, kadar kematian masih lagi pada tahap rendah namun meningkat iaitu 3,084 atau 3.4 peratus. – SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button