NasionalNegeri

Rakyat Malaysia diseru tumpu perhatian kembalikan keamanan di Al-Quds

DUTA Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu bagi mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

Dalam hubungan ini, isu-isu sektarian seperti politik dalaman yang melibatkan para penduduk Palestin, tidak wajar menjadikan umat Islam terkeliru dalam membela serta mempertahankan nasib umat Palestin yang sedang berhadapan dengan situasi mencabar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb bersalaman dengan Walid Abu Ali.

Walid Abu Ali turut menyeru agar masyarakat Malaysia menyalurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi yang dapat dipastikan manfaatnya kepada Palestin seperti Wisma Putra.

Demikian dipersembahmaklumkan beliau kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Restoran Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah anakanda Tuanku Pemangku Raja, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Beliau diiringi oleh isteri, Jawaher Abu Ali dan anak-anak iaitu Nagham Abu Ali dan Mohammed Abu Ali serta Setiausaha Pertama Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, Dr Ahmed Bhasi berada di Perlis selama tiga hari untuk lawatan kerja dari 18 hingga 20 Ogos 2023.

Ironi program sempena kunjungan Duta Palestin ke Perlis kali ini turut mengingatkan tanggal 21 Ogos setiap tahun yang merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa.

Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid.

Selain itu Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin juga dikenang pada 29 November setiap tahun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan solat Maghrib berjemaah bersama Walid Abu Ali di Masjid Terapung Kuala Perlis yang diimamkan oleh Mohd Nazim Mohd Noor.

Untuk rekod, Pemangku Raja Perlis pernah berangkat mengetuai Misi Kemanusiaan MAIPs ke Al-Quds pada 6 Oktober 2018 bagi menyampaikan hasil kutipan sumbangan ikhlas daripada masyarakat Perlis secara terus kepada Masjid Al-Aqsa selain turut bekerjasama dengan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan.

Terdahulu itu, Walid Abu Ali dan delegasi mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam program kayuhan MAIPs Peduli di sekitar kawasan Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai.

BACA PAUTAN Pesuruhjaya Tinggi Australia “teroka” keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

Kemudiannya solat Maghrib di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis dan sesi taklimat mengenai MAIPs oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor. – SM

BACA DUTA Besar Malaysia ke Thailand puji Kampung Warna Warni

BACA Duta Besar Iran kagum transformasi Kampung Nelayan Kuala Perlis

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button