NasionalNegeri

Pesuruhjaya Tinggi Australia “teroka” keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

PESURUHJAYA Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee melakukan lawatan kerja ke Perlis selama tiga hari mulai 28 Mei.

Justin, isterinya Jeane Lee bersama tiga ahli delegasi tidak melepaskan peluang mengunjungi beberapa tempat menarik di Perlis termasuk Projek Transformasi DiRaja Kampung Warna Warni Seberang Ramai di Kuala Perlis.

Kampung transformasi ini telah diilhamkan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda sulung Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Kemudian ia dibangunkan dengan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta pelbagai agensi, pihak swasta, individu serta masyarakat setempat.

Justin, isteri dan delegasi bertuah apabila berpeluang mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena program kayuhan MAIPs Peduli Khas di perkampungan nelayan ini.

Justin yang fasih berbahasa Melayu ini melahirkan rasa kagum dengan tranformasi perkampungan nelayan ini.

Beliau juga sempat menikmati laksa Kuala Perlis apabila singgah di salah sebuah rumah pada program ini.

Beliau mengakui Perlis kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak seperti pulut mangga harumanis dan laksa.

“Sepanjang lawatan ini sehari saya makan sembilan kali, banding hari biasa hanya tiga atau empat kali,” katanya.

Justin berkata, keindahan semula jadi dan makanan enak Perlis akan diwar-warkan kepada rakyat Australia untuk
berkunjung ke Perlis. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button