NasionalPolitik

BN tak sokong mana-mana gabungan, kekal jadi pembangkang – Ismail Sabri

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membut keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Ismail Sabri yang menang kerusi Parlimen Bera, Pahang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu menegaskan, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Kata Ismail Sabri lagi, setakat ini, BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

Kenyataan bakal bekas Perdana Menteri Sementara itu dizahirkan beliau dalam ciapan di akaun Twitternya, hari ini.

Dalam pada itu, ciapan Ismail Sabri itu mendapat reaksi daripada pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun AIDID @aaididAdli bertanya, “Kalau PH kata nak jadi pembangkang juga, macam mana kira? Pembangkang ada 112 kerusi?” – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button