Mahkamah

Rogol: Juruteknik dipenjara 64 tahun, lapan sebatan

“Yang Arif, saya mohon hukuman seringannya bagi semua pertuduhan kerana saya sudah insaf dan memohon
ampun dan bertaubat kepada Allah SWT,” ujar ringkas seorang juruteknik dengan nada sebak.

Azali Abu, 40, dihukum penjara 64 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas lapan pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tingkatan 1, yang dilarikannya ke Melaka dari sebuah sekolah di Klang, Selangor bulan lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Tertuduh dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) (b) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 iaitu merogol dan melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa berusia 13 tahun itu tanpa kerelaannya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah bilik tidak bernombor di Pangsapuri Bachang Permai, Bachang, Melaka dekat sini, pada 16 Jun lalu kira-kira 10 malam dan antara pukul 3.00 pagi hingga 10 malam, keesokkan harinya.

Bagi kesalahan rogol itu dia berdepan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan, manakala bagi amang seksual fizikal, penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Dalam penghakimannya, Mohd. Sabri berkata, bagi setiap kesalahan merogol hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan manakala bagi pertuduhan amang seksual fizikal hukuman penjara enam tahun serta satu sebatan.

Beliau memerintahkan hukuman mengikut Seksyen 376(2) (b) KK berjalan secara berasingan, manakala Seksyen 14(a) AKSTKK 2017 berjalan serentak dari tarikh tarikh ditangkap 25 Jun lalu.

Azali yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak merayu agar hukuman ke atasnya diringankan dan berjalan serentak bagi semua pertuduhan.

“Saya mempunyai isteri dan dua anak kecil serta ibu bapa yang sedang sakit.

“Saya bekerja mencari nafkah untuk mereka dan memohon hukuman ringan dijatuhkan dan serentak dari tarikh ditangkap,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut fakta kes ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 16 Jun lalu selepas dihubungi pemandu van sekolah pada hari sama kira-kira 6.50 petang memaklumkan anaknya tiada di sekolah.

Pengadu kemudian mengubungi rakan anaknya dan dimaklumkan mangsa hadir ke sekolah, namun mengikut seorang lelaki menaiki sebuah kereta berwarna putih selepas tamat sesi persekolahan.

Dua hari kemudian anak pengadu pulang ke rumah dan memberitahu dia dirogol empat kali oleh tertuduh iaitu pada 16 Jun, kira-kira 10 malam dan antara jam 3 pagi hingga 10 malam, keesokkan harinya di pangsapuri berkenaan.

Mangsa memberitahu pada setiap kejadian rogol, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

Untuk rekod, Azali ketika ini sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan atas
kesalahan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button