Mahkamah

Mahkamah tolak rayuan beku akaun UMNO, Wanita MCA

MAHKAMAH Rayuan Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan rayuan pihak timbalan pendakwa raya untuk terus membekukan akaun bank milik UMNO, Wanita MCA dan dua syarikat.

Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai tiga panel hakim berkata, mereka mendapati pihak pemohon gagal memperlihatkan keadaan khas yang membolehkan mahkamah menggunakan kuasa budi bicara untuk memberi penangguhan kepada keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta sebanyak RM192 juta daripada UMNO, RM300,000 daripada Wanita MCA, Perano Sdn Bhd (RM337,634.78) dan Binsabi Sdn Bhd (RM827,250).

Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Jabatan Peguam Negara membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah penangguhan sementara menunggu rayuan mereka terhadap kes tersebut. Bagaimanapun, permohonan itu ditolak pada 19 Jun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Mat Nor berkata, permohonan sementara menunggu rayuan itu harus dibenarkan atas alasan kepentingan awam.

“Tidak ada jaminan mereka berempat akan memulangkannya sekiranya rayuan kami berjaya,” katanya.

Rayuan ditetapkan pada 25 Ogos.-SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button