Ekonomi

Ringgit merosot berbanding Dolar AS pada sesi pembukaan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini. Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh ke 4.1550 berbanding Dolar AS dari 4.1480 pada penutupan semalam.

Selain itu, pada pembukaan, Ringgit diperdagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia naik berbanding Pound Britain kepada 5.7397 dari 5.7462 pada penutupan semalam dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.9237 daripada 4.9316 sebelumnya.

Unit tempatan merekodkan sedikit peningkatan berbanding Dolar Singapura pada 3.0869 dari 3.0870 semalam dan meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.7409 daripada 3.7528 sebelumnya. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button