AgamaNasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis zahir ucapan takziah kepada mangsa ribut

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana ribut yang melanda negeri ini beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Baginda percaya semua yang terlibat sentiasa positif dan tabah berhadapan situasi ini.

Sehubungan itu, Baginda meminta agar setiap agensi yang dipertanggungjawabkan supaya sentiasa proaktif dalam mempercepatkan bantuan sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Baginda juga mengingatkan semua sebagai rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan agar sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini.

Di samping itu turut mengambil langkah-langkah persiapan awal seperti bumbung atau khemah yang ringan atau tidak kemas diperkuatkan, pokok atau dahan kayu besar yang berpotensi untuk tumbang atau membahayakan berdekatan rumah masing-masing dipangkas, selain memastikan beg mengandungi dokumen-dokumen penting, ubat-ubatan peribadi dan sebagainya sentiasa berada di tempat yang selamat dan mudah dicapai.

Pastikan juga diri dan keluarga tersayang masing-masing saling menghubungi sekiranya berhadapan saat-saat getir dilanda sebarang bentuk bencana.

Sementara itu pada Program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai Baginda baru-baru ini telah berkenan berangkat menjejaki dan menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih.

Yang bernasib baik pada kali ini ialah Darus Shafie, 62, yang tinggal di Kampung Behor Janggus, Rokiah Bahari, 61, di Batu 2, Jalan Raja Syed Saffi dan Fatimah Osman 90, di Kampung Tebing Tinggi.

Masing-masing menerima sumbangan agihan zakat MAIPs iaitu RM700 tunai, kotak makanan MAIPs Peduli serta sekampit beras fidyah. – SM

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button