Nasional

Rewang raya pewaris simbolik kekeluargaan UPSI

SEMPENA menjelangnya Hari Raya Aidilfitri Persatuan Wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (PEWARIS) mengadakan program rewang dengan menyediakan juadah hari raya untuk semua kakitangan universiti itu.

Prof Md Amin bersama Timbalan Presiden PEKA, Ts. Dr. Nazre Abdul Rashid (kanan) turun padang membantu PEWARIS menyediakan kuih raya untuk diedarkan kepada semua kakitangan UPSI.

Penyediaan juadah ini turut dijayakan oleh gabungan gabungan kesemua persatuan dan kesatuan pekerja yang dikenali sebagai Jalinan Ikatan Persatuan dan Kesatuan Kakitangan UPSI (JITU) yang membabitkan Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI) dan Kesatuan Pegawai Am (KPA) sebagai simbolik kekitaan dan kekeluargaan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Prof Md Amin menzahirkan rasa bangga atas gabungan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini yang disifatkan sebagai suatu kejayaan dalaman bagi sesebuah organisasi.

Antara ahli PEWARIS yang bergotong-royong membantu memasak kuih Coklat Cornflake di Pusat Islam, Kampus Sultan Azlan Shah.

Katanya, aura dan semangat kekeluargaan UPSI boleh dirasakan apabila beliau turut bersama-sama kakitangan dari pelbagai jabatan menghias biskut-biskut yang disediakan.

Beliau berkata sebanyak 2,200 balang biskut berjaya dihasilkan menerusi agihan tugas kepada setiap kumpulan.
“Pengorbanan semua kakitangan terhadap universiti senantiasa dikenang apalagi dalam situasi kita akan menyambut Hari Rraya Aidil Fitri yang akan disambut nanti, “ katanya.

Penaung PEWARIS, Pazilah Yahaya berkata penyediaan kuih raya ini dihasilkan sepenuhnya oleh kakitangan UPSI dengan penggunaan bahan mentah sekitar 120 kilogram coklat, 100 kilogram empingan jagung dan 10 kilogram mentega.

Kuih yang siap dimasak dimasukkan ke dalam botol untuk diedarkan kepada semua kakitangan UPSI.

“Saya memanjatkan rasa kesyukuran dan menyifatkan objektif penganjuran ini tercapai apabila kelihatan ramai kakitangan dari pelbagai jabatan menyertai gotong-royong ini.
Beliau berharap kerjasama semua pihak akan terus terjalin demi kejayaan dan kecemerlangan UPSI.

Menurut Pengarah program, Siti Nurbaya Md Hashim berkata idea asal program ini dicetuskan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang memilih istilah “rewang” yang membawa maksud bergotong royong bagi menjayakan sesuatu majlis.

“Kami mula membuat kuih Coklat Cornflake pada 8.30 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 6.45 petang, katanya. -SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button