NegeriRencah Hidup

Rendang Setoi bukan sahaja “rare” tetapi unik rasanya

SETUL atau lebih dikenali sebagai setoi bagi orang Utara adalah sejenis pokok nadir yang ditunggu musimnya oleh para penggemarnya.

Setakat ini setoi iaitu sejenis buah yang masam dan kelat ini lebih digemari sebagai kudapan yang dicicah bersama garam belacan atau “colek” bagi orang Pantai Timur.

Buah setul atau setoi panggilan di sebelah Utara mempunyai rasa masam dan kelat. – Gambar Ihsan FB Cikgu Joe Satun

Bagaimanapun buah ini sangat jarang sekali dijadikan sebagai hidangan masakan yang enak apabila dimakan dengan nasi.

Kalau membeli buah ini hanya untuk dibuat “Rendang Setoi” memang ramai yang menampakkan muka hairan dan pastinya akan ditanya “bolehkah dimasak?”.

Sekaligus ini menunjukkan apabila buah setoi dijadikan sebagai rendang memang ia “rare”.

Penulis pun kebetulan beli buah setoi yang kini sedang musimnya di Songkhla yang banyak dijual dipinggir jalan.

Harganya cuma 70 bath untuk sekilogram.

Sebenarnya musim buah setoi di Perlis dan Kedah sudahpun berakhir pada bulan lepas.

Cara memasak Rendang Setoi ini mempunyai beberapa versi selain ada tambahan bahan yang membuatkan rasanya juga ada sedikit berbeza.

Buah setoi kena dirancik sebelum diramas dengan air garam dan direbus bagi menghilangkan rasa masam dan kelat.

Tetapi dari rujukan Suara Merdeka dari mereka yang pernah berkongsi memasak Rendang Setoi di media sosial rata-rata mengakui rasanya seperti masak lemak yang pekat di mana di sebelah Utara ia lebih selesa disebut sebagai rendang.

Kebanyakan yang pandai membuat Rendang Setoi kerana mewarisi resepi ini dari emak atau nenek.

Bagaimanapun semasa penyediaan buah ini seperti merancik dan meramas buah dengan garam dan kemudian direbus untuk hilangkan rasa masam dan kelat adalah dengan cara yang sama.

Cara memasak pula hanya tumis bawang merah, bawang putih dan cili hidup atau cili kering sebelum dimasukkan santan, kunyit, garam dan udang segar yang dimasak sehingga kuah pekat.

Sofiah Hamid

Bagaimanapun bagi Sofiah Hamid, 54 pula dia mendapat resepi membuat Rendang Setoi ini dari tukang masak kenduri di kampungnya di Wang Besar, Bintong.

“Selepas tumis bawang merah, bawang putih dan halia akan diletakkan dengan rempah daging dan serbuk cili di mana setelah pecah minyak baharu dimasukkan setoi, kerisek dan santan,” katanya.

Selain itu penulis dapati ada juga yang meletakkan serai yang dihiris nipis sebagai bahan tambahan di dalam Rendang Setoi.

Sekalipun Rendang Setoi terdapat dalam beberapa versi cara memasak dan penggunaan bahannya tetapi ia bukan sahaja masakan yang sangat “rare” tetapi memiliki rasa unik.- SM

BACA Teruskan tradisi jual ketupat daun kelapa

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button