NegeriRencah Hidup

PAT 2024: Buat garam belacan teramai bakal dicatat MBOR

PESTA Angin Timur (PAT 2024) Kali Ke-12 bakal menempa sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi acara pembuatan garam belacan teramai dengan 1,000 peserta.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ia akan melibatkan kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Sikh yang bermastautin di Perlis.

Kakitangan JKKN Perlis menunjukkan poster PAT 2024 di Kompleks DUN Kangar.

“PAT 2024 yang disertai oleh 120 agensi kerajaan dan swasta ini juga mensasarkan lebih 350,000 pengunjung pada kali ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Norazlin Nordin.

PAT 2024 kali ini akan diadakan di Kampung Lat 1000, Tambun Tulang, Arau pada 1, 2 dan 3 Mac ini mulai 8 pagi hingga 11.30 malam.

Mohd Shukri berkata, elemen baharu pada PAT kali ini juga apabila orang ramai berpeluang menaiki belon panas.

Katanya, bagi yang menggemari aktiviti lasak boleh mencuba “motorised hang glider”.

Selain itu katanya, ada pertandingan Paramotor dan kayak.

Tambahnya, juga diadakan pertandingan Bekho Berhias dan “Jerami Art Tunnel. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button