JenayahNasionalNegeri

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh warga Myanmar

TIGA lelaki termasuk warga asing ditahan bagi membantu siasatan berkaitan seorang lelaki warga Myanmar mati ditikam dalam kejadian di sebuah rumah, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), ACP Mohd Asri Shafie berkata, ketiga-tiga lelaki yang berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di Butterworth dan Permatang Pauh, pada pukul 10 malam Sabtu hingga 2 pagi semalam.

“Pihak polis pada mulanya menerima laporan dibuat oleh seorang pegawai perubatan di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang memaklumkan seorang lelaki berusia 33 tahun telah dibawa ke situ dan mengalami kecederaan kritikal di bahagian perut.

“Pegawai perubatan itu telah memberi rawatan kepada mangsa namun lelaki tersebut gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada pukul 2.03 pagi.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan luka tikaman pasa abdomen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga lelaki iaitu dua majikan yang merupakan pemilik kilang perabot dan seorang rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.

Asri berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku mencederakan mangsa sebelum suspek melarikan diri untuk bersembunyi.

Bagaimanapun dia berjaya ditangkap.

Katanya lagi, mangsa dan suspek dikatakan pada mulanya minum bersama-sama sebelum mereka mabuk dan berlaku pertengkaran mulut dan seterusnya lelaki itu ditikam rakan sekerjanya.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis merampas dua telefon bimbit, sebilah pisau, dua botol minuman keras dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian agar tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122. – SM

BACA Dua lelaki hadapi tuduhan bunuh seorang pengurus syarikat

 

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button