NasionalNegeri

Wanita mampu galas tugas dan cemerlang bidang kepolisan- Raja Puan Muda

Keselamatan negara, ketenteraman awam, pencegahan jenayah, serta pembentukan modal insan dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah tugas yang sangat mencabar serta memerlukan tahap pemikiran yang tinggi, ketahanan fizikal serta mental yang kuat.

Antara rintangan yang harus dilalui oleh norma wanita dalam sektor kepolisian di mana dia tetap seorang ibu yang lembut dalam mendidik dan membimbing anak-anak, terselit ciri-ciri kepimpinan dan ketegasan seorang ibu.

Rata-rata wanita masakini juga berpelajaran tinggi, mempunyai pekerjaan dan berkedudukan yang baik, bersifat kepimpinan dan berkaliber dalam tugasan.

Wanita sebegini harus diberi merit dan penghargaan berdasarkan pencapaian kendiri mereka dan bukanlah berdasarkan kepada aspek jantina sahaja.

Selain daripada itu, ‘Persepsi Wanita Sebagai Pemimpin’ iaitu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, kaum wanita seharusnya difahami sebagai seseorang yang mempunyai keyakinan, kecenderungan, minat dan perspektif yang pelbagai.

Mengungkapkan persepsi wnegatif sebelum menyaksikan persembahan wanita akan melesapkan bakat serta keupayaan seseorang wanita tersebut, justeru akan menjejaskan sistem pentadbiran organisasi, baik dari segi keselamatan negara, ketenteraman awam serta tugasan kepolisan.

Hari ini, semakin ramai wanita diberi kepercayaan untuk mengemudi tampuk kepimpinan, baik dalam sektor kepolisan mahupun dalam bidang lain seperti korporat dan pendidikan.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan menandatangani watikah penghargaan dan terima kasih
kepada Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, ahli-ahli panel serta urusetia di atas penglibatan dan komitmen dalam menjayakan program ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-11’ yang dianjurkan oleh PDRM dengan kerjasama YTF secara atas talian pada 28 Julai 2022 lalu.

Baginda selaku Pengerusi YTF turut menitahkan ucapan tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani atas penganjuran program ini yang disempurnakan titah perasmiannya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan telah sedikit sebanyak berjaya membuka mata para wanita dengan memberi pendedahan melalui maklumat-maklumat yang padat dan bertepatan tentang realiti kini

Webinar Women in Search of Excellence bertajuk ‘Lady Boss In The Police Force’ tersebut selain ucapan Surina turut melibatkan ahli-ahli panel yang hebat-hebat belaka, dan telah berkongsi ilmu, pengalaman serta pandangan tentang tema yang dipilih khas oleh masing-masing.

Mereka adalah terdiri daripada Datuk Nerita Yaacob (Kerjaya Wanita dan Modal Insan dalam PDRM), Datuk S. Sasikala Devi (Macau Scam, Sumbangan Wanita Dalam Pencegahan dan Siasatan Jenayah Komersil), Deputi Komisioner, Normah Ishak (Penglibatan Pegawai Wanita Dalam Isu Pencegahan Aktiviti Pengganas), Asisten Komisioner, Siti Kamsiah Hassan (Jenayah Seksual dan Peranan Pegawai Wanita) serta Inspektor Zaitul Najihah Abd Patah selaku pengacara majlis.

Tambah Tuanku Raja Puan Muda lagi, ‘Keseimbangan Kerjaya Wanita’ yang mana
dilema pemilihan antara kerjaya dan keluarga sentiasa merunsingkan kaum wanita berkerjaya yang telah berkahwin.

Memilih keluarga demi anak-anak akan menyebabkan mereka terpaksa melepaskan kerjaya yang mendatangkan status masyarakat serta wang gaji, manakala memilih kerjaya pula dikatakan mengabaikan kasih sayang ibu kepada keluarga.

Menurut baginda, institusi kekeluargaan adalah gabungan antara suami dan isteri, oleh yang demikian kesefahaman antara suami isteri amatlah penting, dan tugas serta peranan seorang ibu dan isteri mesti ditunjang suami demi kebahagiaan bersama.

Selain itu dorongan dan sokongan dari orang rapat dan keluarga juga penting untuk menjaga kestabilan emosi dan mental seseorang. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button