Kemalanganpilihan

Remaja maut motosikal dinaiki bergesel

Seorang remaja maut manakala seorang pelajar sekolah cedera selepas motosikal masing-masing bergesel ketika mengelak pemotong rumput di Jalan Telok Mas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Yusri Akbar, 18, menunggang motosikal Honda RS 150 manakala yang cedera di tangan ialah Mohammad Syafiq Mohamed, 16.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang Mohammad Syafiq dalam perjalanan menuju ke sekolah di Pernu.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pelajar sekolah yang menunggang Modenas Kriss cuba mengelak pemotong rumput yang berada di sebelah kiri dengan bergerak ke laluan kanan.

“Ketika itulah, berlaku pelanggaran dengan motosikal ditunggangi Muhammad Yusri menyebabkan pembantu kedai makan itu parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hopsital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button