Nasionalpilihan

Kompaun terhadap Ahmad Maslan adalah tindakan punitif

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan ini merupakan satu tindakan punitif.

Menurut SPRM, tindakan itu dilakukan terhadap mana-mana individu yang terlibat dan merupakan satu bentuk pemulangan aset (asset recovery) di bawah AMLATFPUAA 2001.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya setelah beliau membayar kompaun mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Ahmad Maslan sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari tahun lalu.

Semasa tempoh perbicaraan berjalan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut. -SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button