Mahkamah

Bapa mengaku bersalah rogol, seks luar tabii terhadap dua anak kandung

Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen dan Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas 28 pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya
berusia 15 dan 19 tahun yang berlaku sejak tujuh tahun lalu.

Perbuatan terkutuk yang dilakukan tertuduh berusia 56 tahun itu yang mempunyai lima anak itu termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan anaknya berusia 14 tahun.

Lelaki itu yang memakai baju hitam dan seluar panjang warna coklat kelihatan sugul di kandang pesalah dan hanya menundukkan wajah sepanjang prosiding berlangsung.

Tertuduh yang bekerja sebagai penyelia syarikat kemudiannya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin dan Majistret Mazana
Sinin.

Bagaimanapun, kedua-dua mahkamah menangguhkan keputusan hukuman sehingga esok bagi menyemak fakta kes selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari dan Pegawai Pendakwa Asisten
Superintendan Nora Yaacob.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke 13 tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang kini berusia 19 tahun yang mana perhubungan antara mereka tidak dibenarkan undang-undang untuk berkahwin.

Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara 24 september 2015 hingga 31 Disember 2018 pada masa berbeza di rumah mereka di Batu Berendam, dekat sini.

Bagi pertuduhan ke 14 hingga 28, lelaki itu didakwa atas lapan pertuduhan merogol anak keduanya yang kini berusia 15 tahun dan lima pertuduhan lain iaitu melakukan hubungan seks dengan
memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenarannya.

Tertuduh turut didakwa dan masing-masing satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabi’i (oral seks) terhadap mangsa.

Semua kesalahan tersebut dilakukan di tempat sama pada tarikh dan masa berlainan antara 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara minimum lapan hingga 30 tahun serta 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan melakukan seks dengan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebat.

Bagi kesalahan melakukan amang seksual fizikal pula, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Di Mahkamah Majistret pula tertuduh turut mengaku bersalah melakukan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap isterinya berusia 47 tahun dengan mengatakan mahu membunuhnya dan anak-anak.

Dia membuat pengakuan tersebut dihadapan Majistret Mazana Sinin.

Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi semua 29 pertuduhan sementara menunggu keputusan hukuman esok. – SM

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button