Sukan

10 pembaharuan KBS dalam masa 5 bulan

Setelah 5 bulan kerajaan perpaduan dengan jenama Malaysia Madani mengorak langkah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mewujudkan 10 pembaharuan.

Antaranya, menyediakan program skrin besar bagi menambahkan akses kepada peminat sukan dan membangunkan Kod Selamat Suka sebagai panduan kepada komuniti sukan.

Dalam satu perkongsian, KBS yang diterajui Hannah Yeoh sebagai menterinya turut telah menubuhkan Jawatankuasa Road to Gold untuk membawa poulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

“KBS turut memperkenalkan program Skills For Life untuk melengkapkan golongan belia dengan kemahiran asas dan menambah baik penganjuran sukan.

“Pergerakan atlet negara untuk ke kejohanan antarabangsa wajib harus bersama pegawai pengiring dan KBS mengajurkan open day bagi kemudahan rakyat,” sebut KBS dalam satu poster.

Dalam masa sama, KBS mewujudkan direktori fasiliti sukan dan menyenaraikan peruntukan yang diluluskan untuk maklumat orang awam.

“KBS juga membentuk Jawatan Kuasa Pertikaian untuk mendengar pertikaian anggota badan sukan,” katanya.

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button