Nasional

Selenggara kerangka besi propagasi karang sempena Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2023

SEMPENA sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2023,  Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) era UPSI kerana berjaya menyelam untuk menyelenggara kerangka besi terbesar di Malaysia di Taman Laut Pulau Redang.
Kerangka Besi  berkenaan adalah salah satu projek Pusat Alumni sempena sambutan 100 tahun pada tahun lalu  yang turut disertai Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin Md Taff  mendapat pengiktirafan  oleh Malaysia Book of Record.
Para penyelam Alumni melakukan selaman untuk menyelenggara kerangka besi di dasar laut
          Pengarah Pusat Alumni UPSI,   Dr. Siti Hartini  Azmi  berkata hari  program berlangsung  merupakan hari yang istimewa buat semua Alumni iaitu Hari Alumni Universiti Awam 2023 , dan UPSI lebih istimewa kerana menyambut Hari Alumni ini di dasar laut.
Program ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Mazuki Yasim, serta Pengarah Pusat Kaunseling, Dr Pau Kee dan Alumni-alumni UPSI di Terengganu.
Gambar penyelam Alumni dan jawatankuasa program yang terlibat sebelum melakukan selaman.
Prof Norkhalid mengucapkan terima kasih kepada semua Alumni kerana sudi melapangkan masa untuk membantu menyelam dalam proses untuk  menyelenggara kerangka besi ini.
Para penyelam bergambar bersama Timbalan Naib Canselor HEPA dan Pengarah Pusat Alumni
“Semoga program sebegini dapat membantu dalam langkah usaha untuk pemuliharaan ekosistem marin dan sekaligus dapat memastikan hidupan marin terus menikmati kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya. -SM
(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button