Nasional

40.7 peratus penduduk dewasa lengkap dua dos vaksin

SEJUMLAH 40.7 peratus atau 9.516 juta penduduk dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 69.8 peratus penduduk atau 16.347 juta orang telah mendapatkan satu dos suntikan vaksin.

Sehingga kini 25.863 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Mengikut statistik Labuan mencatatkan rekod paling tinggi penduduk dewasa yang telah lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 87.1 peratus.

Diikuti Sarawak (76.8 peratus), Lembah Kelang yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (57.9 peratus) dan Negeri Sembilan (55.6 peratus).

Perlis (49.3 peratus), Melaka (36.3 peratus), Terengganu (33.4 peratus), Perak (31.8 peratus) dan Pulau Pinang (31.5 peratus).

Sementara empat negeri kurang 30 peratus iaitu Pahang (28.1 peratus), Kedah (27.8 peratus), Kelantan (26.6 peratus) dan Johor (23.4 peratus).

Sabah pula menjadi satu-satunya negeri di mana penduduk dewasa yang telah menerima dua dos kurang 20 peratus iaitu 18.6 peratus.

Sementara itu semua negeri kecuali Sabah mencatatkan lebih 50 peratus penduduk telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sabah ketika ini mencatatkan 43.1 peratus penduduk pedwasannya nya telah mendapat dos pertama.

Sementara itu semalam sejumlah 497,352 dos vaksin diberikan meliputi 227,506 dos pertama dan 269,846 dos kedua.-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button