MahkamahNasional

Terima suapan RM18,000: Penolong Pengurus hamil direman

SEORANG wanita berjawatan Penolong Pengurus syarikat di sebuah agensi kerajaan bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) direman empat hari kerana disyaki menerima suapan RM18,000 daripada seorang Pengarah syarikat, tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan, perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hasni selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Melaka.

Suspek 37 tahun yang hamil dua bulan ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka pada jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga urusetia bagi geran dana itu membantu Pengarah syarikat terbabit mendapatkan kelulusan bagi geran dana kandungan digital di bawah agensi dari KKD berjumlah RM300,000.

Dia dipercayai meminta komisen 10% hingga 20% berjumlah kira-kira RM18,000.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan wanita itu di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun. – SM

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button