Nasional

Wajib ujian Covid-19 sebelum melancong ke Langkawi

PELANCONG tempatan yang mahu ke Langkawi wajib melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke pulang peranginan tersebut.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ujian pengesanan perlu dilakukan oleh individu berumur 7 tahun dan ke atas.

“Bagi kanak-kanan berusia 6 tahun dan ke bawah, hanya saring gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.

“Kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif yang telah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang disedikan,” kata Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan.

Mereka yang mahu melancong ke Langkawi boleh menjalani ujian RTK-PCR atau RTK-Antigen di mana-mana fasiliti tempatan atau makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas. eputusan ujian perlu dibawa untuk pemeriksaan di pintu masuk lapangan terbang atau feri terminal.

Selain itu mereka boleh membeli kit kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian saringan di tempat yang disediakan.

“Ujian pengesanan Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas. Bagi mereka yang didapati negatif akan dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Manakala individu yang didapati positif Covid-19 mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif Covid-19 dan kontak rapat yang sedia ada,” katanya.

Pada 2 September lalu Kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan.

Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula esok. Kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

Menurut Khairy Jamaluddin , pelaksanaan gelembung pelancongan tidak bermakna Kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamal tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap.-SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button