Mahkamah

Keputusan Mahkamah Rayuan akan difailkan ke Mahkamah Persekutuan – Peguam Ahmad Zahid

Panel tiga hakim tolak rayuan keputusan Mahkamah Tinggi kes Ahmad Zahid

PANEL tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah pada 8 November tahun lepas.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel itu berkata, panel hakim mendapati tiada kesilapan daripada pihak Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Ahmad Zahid untuk membolehkan rayuan dikemukakan.

Dua lagi hakim yang  bersidang dalam panel itu ialah P. Ravinthran dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd. Noh berkata, kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bagi mendengar satu permohonan yang dibuat lebih awal sebelum perbicaraan, tempoh hari.

Bertujuan menggabungkan 12 pertuduhan pecah amanah kepada tiga sahaja pertuduhan pecah amanah, Hamidi berkata, sepatutnya ada opsyen tiga sahaja tetapi dituduh 12.

“Jadi, kita minta pihak mahkamah hari ini menggabungkan pertuduhan 12 kepada tiga sahaja pecah amanah.

“Mahkamah Rayuan mendengar submission dan membuat keputusan bahawa yang pertama, bantahan awal oleh pihak pendakwaan berkenaan dengan pendengaran permohonan ini telah ditolak.

“Apabila mahkamah mendengar merit sepenuhnya, mahkamah telah menolak permohonan kita sebagai perayu untuk menggabungkan pertuduhan 12 kepada tiga,” ujar Hamidi.

Hasil daripada keputusan tersebut, pihak peguam, kata Hamidi lagi, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan akan difailkan ke Mahkamah Persekutuan – Peguam Ahmad Zahid

“Kita memfailkan gabungan kepada pertuduhan ini di dalam permohonan ini kerana terdapat opsyen di bawah Seksyen 153 Kanun Prosedur Jenayah supaya pihak pendakwaan hanya memfailkan tiga sahaja pertuduhan berbanding 12.

“Apabila mereka memfailkan 12, kita kata mengapa tidak menggunakan opsyen? Alasan kita mengapa kita nak failkan rayuan ini dan permohonan ini di mahkamah ialah 12 itu tinggi dan ia akan efek pada jumlah hukuman dan sebagainya.

“Kenapa tidak gunakan opsyen tersebut kerana jika tidak gunakan opsyen untuk tiga pertuduhan tadi, akan memprejudiskan hak anak guam kita,” tegas Hamidi. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button