Nasional

Raja Perlis terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Brunei

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap perpisahan oleh Persuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Malaysia, TYT Datuk Paduka Hj Alaihuddin Mohd Taha dan juga isteri Datin Hajah Mariani Haji Bongsu di Balai Menghadap Biru, Istana Arau.

Berangkat sama hadir ke majlis ini ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana serta Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Pertemuan ini adalah bersempena tamatnya perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia serta sebagai tanda menjunjung kasih kepada Tuanku dan kerabat diraja Perlis sepanjang beliau bertugas di negara ini sejak 6 tahun 3 bulan yang lalu. Beliau turut menzahirkan rasa terharu atas kesudian Duli-Duli Tuanku menerima kunjungan beliau dan isteri kembali semula ke Bandar Seri Begawan pada 25 Disember yang akan datang nanti sebelum bertukar ke New Delhi, India.

Datuk Paduka Hj Alaihuddin menyertai perkhidmatan awam negara Brunei pada Ogos 1984 sebagai pegawai Pentadbiran Awam Brunei (BAS) dan sejak itu beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, badan berkanun dan korporat serta syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau turut berkhidmat sebagai Wakil Tetap Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland dari 9 Julai 2007 hingga 26 Januari 2008. Sebelum perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Komunikasi dari Januari 2008 hingga persaraan beliau pada 29 Mei 2013.


Selepas persaraan beliau dari perkhidmatan awam pada Mei 2013, beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Majlis Logistik Asian (ALC, Kuala Lumpur, Malaysia) dan juga Global Coalition for Efficient Logistics (GCEL) di Geneva, Switzerland sehingga Disember 2013.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Jamallul Alam (S.M.J.A. Junior School) dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (S.O.A.S Secondary College, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam). Beliau menamatkan pendidikan pra-universiti di Gadong Sixth Form Centre, Brunei Darussalam pada 1981. Beliau melanjutkan pengajian di North Staffordshire University, United Kingdom dan tamat pengajian pada 1984 dengan Sarjana Kepujian dalam Pengajian Antarabangsa.

(Visited 424 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button