BeritaPendidikan

Raja Perlis berkenan terima menghadap Dr Radzi Jidin

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin di Istana Arau, baru-baru ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Radzi berkata Tuanku Syed Sirajuddin sangat prihatin dan cakna dengan pembangunan pendidikan di Perlis.

“Kami (Kementerian Pendidikan Malaysia) akan terus komited untuk pastikan pendidikan anak-anak generasi waris kita akan terus dokong aktiviti dari semasa ke semasa sehingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita sebelum menghadap.

Menteri itu yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Arau.

— BERNAMA

 

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button