Jenayah

9 PATI Indonesia cuba masuk ikut Tanjung Lompat

SERAMAI sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan ketika cuba menyusup masuk ke dalam negara melalui jalan laut di Tanjung Lompat, Desaru, Kota Tinggi awal pagi ini.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) kehadiran mereka yang menggunakan sebuah bot kecil telah disedari oleh anggota Petugas Pos Pemerhati pada pukul 4 pagi.

“Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 K-A-D) pada 17 Oktober 20 jam 5.00 pagi.

“Tim Quick Reaction Force (QRF) digerakkan setelah menerima maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tim QRF telah telah berjaya menahan PATI tersebut hasil penjejakkan dan serbuan, sekitar pukul 4.45 pagi

Kesemua mereka yang terdiri daripada 3 lelaki dan 6 wanita berusia sekitar 21 hingga 43 tahun ditemui sedang bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai tersebut.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” katanyaa.

Pihak berkuasa turut merampas 11 buah telefon bimbit, beberapa jenis barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 17,956.67.

Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button