Nasional

Menteri Luar UAE buat kunjungan hormat kepada PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di Parlimen, hari ini.

Turut bersama mengiringi Sheikh Abdullah ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan delegasi.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Kadir turut hadir kunjungan hormat Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini. – GAMBAR FACEBOOK

Kunjungan hormat ini adalah sempena lawatan rasmi Sheikh Abdullah ke Malaysia selama dua hari, bermula semalam.

Dalam pertemuan dengan PM Anwar, mereka membincangkan soal hubungan dua hala di antara Malaysia-UAE yang perlu terus diperhebat.

“Kami juga sempat bertukar-tukar pandangan yang terkait dengan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama,” kata Anwar dalam catatan yang dikongsi di Facebook akaun beliau. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button