NasionalPendidikan

Dialog di universiti tidak harus disekat tapi ikut peraturan-Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian, dialog bersama pelajar di universiti tidak harus disekat sebaliknya semua pihak disaran mematuhi peraturan.

Dalam pada beliau menyeru pihak pentadbir universiti jangan “terlalu mengongkong”, semua pihak harus main peranan memastikan keadaan terkawal.

“Saya terbuka tetapi ada peraturan. Kena maklum tapi saya tak fikir kita harus sekat, melainkan ada sikap yang membawa permusuhan kaum dan agama,” katanya semasa berdialog dengan pelajar UiTM dalam satu program di universiti itu.

Anwar graduan dari Universiti Malaya (UM) berkata, apabila diberi kelonggaran itu tidak bermakna orang luar boleh masuk begitu sahaja.

“Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga perlu lebih bersikap terbuka, lebih bebas, tidak terlalu mengongkong serta pastikan tidak ada unsur yang boleh merosakkan suasana harmoni dalam kampus,” tegas Perdana Menteri itu lagi.

syed saddiq

Sebelum ini, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalang daripada memasuki UiTM untuk dialog Intern Bukan Buruh Paksa, anjuran Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia.

UiTM juga dilaporkan meminta pelajar tidak menyertai dialog pada 30 Mac lepas itu kerana tidak mendapat kelulusan universiti.

Berhubung Akta Universiti Kolej Universiti, Anwar berkata, beliau tidak bersetuju undang-undang itu dimansuhkan sedangkan ia boleh dipinda dan diperjelaskan.

“Peruntukan tentang kebebasan kegiatan mahasiswa atau kebebasan pensyarah menulis dan memberi pandangan termasuk kritikan boleh diperhalusi,” katanya. – SM

BACA > Pelajar harus raikan cawangan parti politik dalam universiti, julang demokrasi

BACA > Universiti pemangkin lahirkan pemimpin bertaraf kebangsaan

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button