Nasional

18,000 terima Kad Kesihatan Warga Emas Pahang

Kad bernilai RM500

KERAJAAN Negeri Pahang memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan program pemberian Kad Kesihatan Warga Emas Pahang atau Kad Kesihatan Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kasih).

Kad ini dilancarkan pada 18 Januari lalu dan merupakan julung kali di adakan yang mana ia bakal memberi manfaat kepada 18,000 penerima, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kad dengan nilai RM500 itu boleh digunakan bagi rawatan prosedur am dan rawatan awal di klinik swasta seluruh negeri yang dilantik sebagai panel di bawah program tersebut.

“Seramai 9,009 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang bakal menerima kad itu untuk fasa pertama.

“Senarai 8,991 penerima selebihnya yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dimasukkan dalam senarai fasa kedua yang dijangka akan menerima manfaat itu bermula 1 Mac depan,” kata beliau selepas melancarkan kad kesihatan itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahamd Shah, hari ini.

Pada majlis itu seramai 100 penerima dari daerah Rompin telah menerima kad masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Pemberian kad kesihatan itu juga sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas Belanjawan Pahang 2022. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button