Berita

Raja Muda Perlis sertai program kayuhan basikal di Cyberjaya

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengambil bahagian di dalam program ‘Kayuhan Berbasikal Al-Karimee Cyberjaya 2020’ berkenan berangkat singgah bagi melawat ‘Pameran Kitab-Kitab Islam Melayu Nusantara 14 Negeri dan Pattani’ yang berlangsung selama sehari suntuk di Masjid Raja Haji Fisabillillah Cyberjaya selepas mengakhiri kayuhan sejauh 19km di perkarangan masjid berkenaan pada pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid, Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Tengku Datuk Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Al-Haj dan Ahli Jawatankuasa, Hj Baharuddin Hasan.

Baginda diiringi dan seterusnya dipersembahkan dengan taklimat ringkas oleh pihak penganjur.

Turut hadir ialah Pengerusi Pengelola kayuhan, Datuk Abdul Karim Mustafa dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman yang turut menyampaikan ucapan penghargaan bagi mewakili semua para peserta kayuhan tersebut.

Terdahulu, baginda serta para peserta kayuhan yang lain turut singgah di Balai Polis Cyberjaya dan disambut oleh Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan Ketua Polis Balai Cyberjaya, ASP Sheikh Rosli Sheikh Mohd Norrani.

Dalam majlis berasingan pada malampula baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan anakanda kepada bekas bintang bolasepak ‘Harimau Malaya’ kebangsaan dan juga ‘Singa Utara’ negeri Perlis Bakri Ibni dan isteri, Tengku Farah Tengku Datuk Setia Mohd Yusof Shah iaitu Puteri Nadhira Bakri dengan pilihan hatinya Muhammad Mu’adz Bin Kamsani di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

 

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button