Nasional

Raja Muda titah pantau ketepatan jam di Perlis

SEMUA jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sekolah-sekolah serta syarikat swasta yang memiliki menara jam di bawah seliaannya atau berada di dalam premis masing-masing di negeri ini dipohon kerjasama agar sentiasa memantau bagi memastikan waktunya sentiasa tepat.

Begitu juga jam dinding di tempat-tempat awam baik premis kerajaan maupun kedai-kedai makan, institusi kewangan dan lain-lain lagi hendaklah juga sentiasa betul.

BACA: Anggota PALAPES, Wataniah beragama Islam diingat bertakwa kepada Allah – Raja Muda Perlis

Ini adalah bagi mencerminkan rakyat negeri ini bermentaliti kelas pertama dalam tindakan dan sentiasa memastikan ketepatan masa yakni “punctuality’ serta mengamati sikap pentingnya menghargai dan memanfaatkan masa dengan semaksimumnya.

Waktu yang tepat bererti ianya betul-betul sama dengan yang tertera di dalam kaca televisyen siaran nasional.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullalil bersempena program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 13 bagi tahun ini yang dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang diadakan di Masjid Al-Barokah Jelempok, Arau baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir dan menyampaikan sedikit ucapan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang juga Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif dan merupakan alumni dalam jurusan petakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis pada suatu masa dahulu.

Seramai 150 pasangan asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kg. Padang Besar Kurong Anai, Kampung Sena dan Jelempok hadir bagi menerima agihan zakat masing-masing daripada pihak MAIPs yang dikurniakan oleh baginda.

 

Turut diadakan ialah perasmian projek pembangunan sosio-ekonomi asnaf MAIPs yang melibatkan perniagaan ‘Goreng panas dan Kuih Mueh’ yang diusahakan oleh Saiful Aswad Sobri 43 tahun (No Tel : 010-3991583) dan isteri beliau Yusmira Johari di Batu 3 Jalan Mata Ayer yang telah beroperasi sejak lima tahun yang lalu dan telah pernah mendapat sumbangan MAIPs berupa bantuan peralatan bernilai RM2,010 pada bulan Februari yang lalu.

Terdahulu, turut diadakan ialah ‘Tayangan Video Kesihatan’ dan juga ‘Pemeriksaan Kesihatan’ yang dilaksanakan oleh para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ke atas kesemua asnaf terpilih yang diundang hadir.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button